Wednesday, December 28, 2011

Mutiara Kata 9

"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." ~Riwayat Muslim

Saturday, November 12, 2011

Mutiara kata 8

"bila pengemis datang mengemis pada kita, itu maknanya Allah masih sayangkan kita dan beri peluang kepada kita dengan cara paling mudah untuk tambah pahala iaitu dengan kongsi sedikit rezeki yang ada pada kita kepada mereka..." ~ kawan baik

Mutiara 7

“Senyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” ~HR Trimidzi

Tuesday, October 25, 2011

Mutiara 6

"Hati dengan akal umpama air dengan gula. Bila bertembung, gula akan hilang di dalam air. Air jadi tambah sedap..."~ kawan baik

Thursday, October 20, 2011

Mutiara 5

“People often say that motivation doesn’t last. Well, neither does bathing – that’s why we recommend it daily” ~Zig Ziglar

Mutiara 4

"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." ~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tuesday, September 20, 2011

Mutiara 3

“Banyak kenikmatan yang tersembunyi di antara taring-taring bencana. Banyak kegembiraan yang menghadap arah di mana beberapa musibah menanti. Bersabarlah atas ujian-ujian yang menimpamu kerana segala sesuatu ada sebabnya. Setiap kesusahan itu ada kegembiraannya. Setiap yang murni ada campurannya.” ~ Imam al-Ghazali Petikan Buku: Mukasyafah al-Qulub.

Sunday, September 18, 2011

Mutiara 2

“Sabar itu harusnya tiada batas, jika sabar itu mempunyai batas maka syurga akan sepi nantinya...” ~ kawan baik

Tuesday, September 13, 2011

Mutiara 1

“Bantulah orang fakir dengan sebahagian harta kalian. Jangan pernah menolak pengemis, padahal kalian mampu memberikan sesuatu untuknya baik sedikit mahupun banyak. Raihlah kasih sayang Allah dengan pemberian kalian. Bersyukurlah kepada Allah yang telah membuat kalian mampu memberi. Jika pengemis adalah hadiah dari Allah, sementara kalian mampu memberinya, mengapa kalian menolak hadiah itu?! Bohong kalau kalian mendengar nasihat dan menangis di hadapanku, tapi saat orang datang meminta uluran tangan, kalian malah membiarkannya. Itu menunjukkan bahawa tangisan kalian belum kerana Allah.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Petikan Buku: Futuhul Qalb.