Tuesday, September 20, 2011

Mutiara 3

“Banyak kenikmatan yang tersembunyi di antara taring-taring bencana. Banyak kegembiraan yang menghadap arah di mana beberapa musibah menanti. Bersabarlah atas ujian-ujian yang menimpamu kerana segala sesuatu ada sebabnya. Setiap kesusahan itu ada kegembiraannya. Setiap yang murni ada campurannya.” ~ Imam al-Ghazali Petikan Buku: Mukasyafah al-Qulub.

Sunday, September 18, 2011

Mutiara 2

“Sabar itu harusnya tiada batas, jika sabar itu mempunyai batas maka syurga akan sepi nantinya...” ~ kawan baik

Tuesday, September 13, 2011

Mutiara 1

“Bantulah orang fakir dengan sebahagian harta kalian. Jangan pernah menolak pengemis, padahal kalian mampu memberikan sesuatu untuknya baik sedikit mahupun banyak. Raihlah kasih sayang Allah dengan pemberian kalian. Bersyukurlah kepada Allah yang telah membuat kalian mampu memberi. Jika pengemis adalah hadiah dari Allah, sementara kalian mampu memberinya, mengapa kalian menolak hadiah itu?! Bohong kalau kalian mendengar nasihat dan menangis di hadapanku, tapi saat orang datang meminta uluran tangan, kalian malah membiarkannya. Itu menunjukkan bahawa tangisan kalian belum kerana Allah.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Petikan Buku: Futuhul Qalb.