Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Mutiara Kata 131

"Kekayaan bukanlah diukur dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup" ~Bukhari & Muslim

Thursday, January 30, 2014

Mutiara Kata 127

"Umatku masuk syurga bukan kerana banyak solat dan puasa, tetapi disebabkan selamatnya hati, kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama Muslim." ~ Hadis Hassan

Monday, August 13, 2012

Mutiara Kata 90

"Allah sentiasa menolong hambaNya selagi dia menolong saudaranya"~ Riwayat al-Bukhari

Mutiara Kata 89

"Orang yang paling Alah cintaiialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia. Manakala perbuatan yang paling Allah sukai adalah kegembiraan yang kamu berikan untuk seorang Muslim, kamu keluarkan sebarang kesusahan daripadanya, kamu langsaikan hutangnya atau kamu hilangkan kelaparannya. Aku lebih suka berjalan bersama saudara-saudara seislamku untuk memenuhi hajatnya daripada beriktikaf di dalam masjid selama sebulan" ~Riwayat al-Tabarani

Saturday, January 28, 2012

Mutiara Kata 22

"Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Barangsiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Barangsiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada Hari Kiamat."~ Hadis riwayat Bukhari & Muslim

Sunday, January 1, 2012

Mutiara Kata 13

"Mintalah fatwa daripada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah." ~riwayat Ahmad

Thursday, October 20, 2011

Mutiara 4

"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." ~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim