Showing posts with label riwayat Ahmad. Show all posts
Showing posts with label riwayat Ahmad. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Mutiara Kata 76

"Barangsiapa yang menceritakan kesalahan dan keaiban saudaranya, nescaya Allah akan membuka rahsia dan aibnya pula diakhirat kelak."~
(HR Baihaqi dan Ahmad)

Tuesday, June 26, 2012

Mutiara Kata 72

“Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naunganNya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”(HR Muslim dan Ahmad)

Monday, June 4, 2012

Mutiara Kata 40

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

"Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan oleh kerana itu aku meninggalkan kamu..."~ Hadith Riwayat Ahmad

Monday, January 16, 2012

Mutiara Kata 21

“Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah S.W.T.” ~ Riwayat Ahmad

Sunday, January 1, 2012

Mutiara Kata 13

"Mintalah fatwa daripada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah." ~riwayat Ahmad