Tuesday, July 2, 2013

Mutiara Kata 122

"Ku percaya untuk lakukan kebaikan ini tidak tertumpu pada satu aspek sahaja. Kebaikan ini adalah untuk semua. Dalam diri setiap manusia itu akan sentiasa ada keinginan untuk lakukan kebaikan walau hanya sebesar titik noktah. Biarlah seseorang itu ingin lakukan kebaikan, walaupun secara fizikalnya menampakkan persepsi yang kurang positif. Kita tidak tahu kerana perbuatan baiknya nanti, pengakhirannya jauh lebih baik daripada diri kita sendiri."~ Matasura